Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


PECAHAN II (ii) : PELAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Kelas                     : 1 Intelek
Tarikh                    : 23.10.2012
Masa                     : 7.00 Pagi – 7.30 Pagi (30 Minit )
Tema                     : Kebersihan
Tajuk                     : Menjaga Diri

Standard Pembelajaran :
Fokus utama :
Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkatan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tetap. ( 1.2.4 )

Fokus sampingan :
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.( 2.2.1)

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
Mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.
Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul.

Elemen Merentas Kurikulum :
Ilmu : Sains (anggota badan ), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral
Nilai : Menjaga Kebersihan anggota badan
 KBT: Kemahiran berfikir – mengumpul dan mengelas
Sistem bahasa : kata nama am, kosa kata
Media : Gambar anggota badan, kata perkataan, lembaran kerja, ICT


Langkah/         Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan
Bantu Belajar
Set Induksi
( 3 Minit )
Pengenalan anggota badan
Guru memilih murid untuk berdiri di hadapan kelas.
Guru menunjukkan beberapa anggota tubuh badan murid.
Murid menyebut anggota tubuh badan  yang ditunjukkan.
( muka, kaki, jari, kuku, pipi,mata, dada )

Langkah 1
( 20 Minit )
Mengeja anggota badan
Perkataan kvkv
Guru mempersembahkan slaid persembahan berkaitan anggota badan.
Murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan secara mekanis.
Guru mengajar cara menjaga anggota badan.
Murid memadankan gambar alat penjagaan badan dengan anggota badan kita.
Guru meminta murid memadankan suku kata kvkv berkaitan anggota badan.
Murid memadankan, mengeja dan membaca perkataan kvkv berkaitan anggota badan.
Guru membetulkan sebarang kesilapan murid.
Slaid
Persembahan





kerjaKumpulan 1,2 dan 3.
Langkah 2
( 5 Minit )
Latihan mengisi tempat kosong
Guru mengedarkan lembaran kerja mengandungi latihan bertulis.
Murid mengisi tempat kosong dengan suku kata yang betul untuk setiap gambar.
Lembaran kerja
Penutup
(2 Minit )
Pengukuhan
Suku kata anggota badan
Guru mengimbas kembali perkataan kvkv yang dipelajari dengan gambar.
Murid menyebut nama – nama am anggota badan perkataan kvkv berdasarkan gambar.
Gambar.




Gambar Bahan Bantu Mengajar


8 ulasan:

Hjh D.Sufiah Ag Hassan berkata...

Gambar yang sangat menarik untuk murid mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas.

Hjh D.Sufiah Ag Hassan berkata...

Norayah Binti Emanah berkata...

terima kasih....semoga bermanfaat tuk semua :D

wan berkata...

wah...semoga maju jaya...

Norayah Binti Emanah berkata...

terima kasih..

nina karina berkata...

salam cikgu,saya suka la dengan cara cikgu susun atur blog ni.
tahniah

Norayah Binti Emanah berkata...

wksalam....terima kasih...

Unknown berkata...

BBM yang menarik untuk sesi pembelajaran dan pengajaran.Tahniah! Teruskan usaha. Semoga menjadi guru cemerlang...

Catat Ulasan