Tips-Tips

17 nOVEMBER 2012

mencari kekuatan diri

Salam, Selamat Pagi....

Semua orang for sure inginkan diriya dihargai terutamanya bila melakukan sesuatu . Dihargai bukan bererti diberi hadiah ataupun ganjaran namun , ucapan terima kasih disertakan dengan wajah yang ceria sudah cukup membuatkan seseorang tu rasa dirinya dihargai .

Korang kena buat something supaya tidak diremehkan dan dihargai oleh orang-orang yang berada di sekeliling . Kat bawah ni , saya senaraikan ,  TIGA cara macam mana nak korang bangkit supaya akan lebih dihargai :)

1. Tonjolkan kelebihan diri !

Tonjolkan kelebihan diri ? Macam mana ? Haa .  Korang tu jangan terlalu dengar sangat komen-komen daripada kawan korang yang dirasakan sengaja untuk melemahkan lagi diri korang tu . Boleh jadi korang tak de lah sebagus kawan korang tu namun korang patut berbangga dengan kelebihan yang korang ada . Tapi , jangan lah sampai jadi riak pulak . Paling penting , korang kena ada kemahuan untuk jadi lebih positif .Keterampilan juga mampu meningkatkan keyakinan diri :)

2. Sabar

Walaubagaimanapun , jangan fikir bila keyakinan korang tu dah meningkat , kerja korang dah pun selesai . Tak . Tak . Belum lagi . Korang masih perlu banyak berusaha untuk mengubah diri yang sering diremehkan . Memang bukan semudah yan disangkakan namun korang perlu sabar dalam menjalani proses ini . Korang kena berani untuk ber pendapat ataupun perlu ada inisiatif contohnya jika mengadakan 'reunion' . Cuba beri pengertian kepada pihak yang terlibat sekiranya korang inginkan kesempatan untuk menunjukkan kemampuan diri korang tu .

3. Atasi Dengan Penuh Semangat !

Bila korang sering dipandang rendah , korang tentunya tak dapat lari dengan perasaan tertekan , marah dan tak ada semangat untuk meneruskan hidup . Namun percayalah . Setiap masalah , pasti ada jalan penyelesaiannya . Selagi korang ada semangat untuk berusaha , selagi tu lah ada je jalan untuk korang yang lebih baik dan terus baik . Paling penting , korang jangan lah nak cepat mengalah ! Mungkin pada awalnya , usaha korang tu tak berhasil tapi if korang terus berusaha dan terus berusaha korang pasti akan mencapai setiap matlamat yang korang inginkan iaitu , "rasa dihargai" .





Be personal, be what you are! 


Tak salahkan ? Kekalkan ke-originalitian diri anda ! Bukan susah . Cari identiti . Gali , gali , gali . Apa kelebihan yang kita ada . Tak perlu lah cari gali kelebihan orang lain pulak . Ye tak . Orang nak macam tu , kita pun nak macam tu jugak . Orang ada itu , dia pun sibuk nak ada . Tak payah . Tak payah . Lebih selesa kalau kita buat ikut cara kita tersendiri .


Ye lah ,saya tahu . Semua orang tak boleh punya jadi diri orang lain . Tapi yang mencuba untuk menjadi orang lain banyak sangat walaupun dia merasakan diri dia tu tak mampu . Usaha ! Tak salah kalau nak berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri kita . Tapi , kalau dah terlebih meniru gaya , cara orang .. Sampai diri sendiri pun kita tak tahu kita ni jenis macam mana . 


saya bagi contoh dalam blog ni lah . Memang tak salah kalau kita nak jadikan salah seorang blogger sebagai sumber inspirasi kita . Jadikan mereka sebagai pembakar semangat kita . Memang lah tak salah . Tapi , kalau kita berangan-angan nak sepertinya 100% tak mungkin kot .


Contohnya , dalam bentuk gaya penulisan . Kita suka tengok cara dia tulis . Ramai baca dia punya artikel sebab dia tulis ayat tu best . Dah tu , kita pun haaa terkedek-kedek nak ikut cara atau gaya penulisan seseorang tu .. Bila orang masuk blog kita , orang mesti dapat agak macam sama je ayat dia dengan si dia lagi sorang tu . Kan dah tak best . Apa lah salahnya kita jadi diri kita sebenar !


Tak payah sangat ikut cara orang lain . Memang lah saya tak nafikan dalam dunia ni ramai jugak manusia yang hipokrit kan ? Apa salahnya perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik .. 


Ingatlah, tonjolkan diri Anda, bakat Anda, kelainan Anda, kerana di situ ada kekuatan tersembunyi yang akhirnya membuat Anda jauh lebih maju dari orang lain di sekeliling Anda.


"Just be what you are, not what your friends are."

2 ulasan:

Unknown berkata...

Bagus juga tips cikgu ni..aku suka

Norayah Binti Emanah berkata...

sekadar berkongsi apa yang ada :D

Catat Ulasan